Sunday, July 29, 2018

Kraftangan Sabah



Sabah ini bukan sahaja terkenal dengan pemandang yang indah dan harmoni. Sabah juga terkenal dengan pelbagai kraftangan yang menarik dan sememangnya amat berbaloi untuk dimiliki.

Kraftangan ialah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan tangan , dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri dan tidak secara langsung oleh pengusaha-pengusaha kraft. Hasil kraftangan ini membawa kepentingan kebudayaan atau keagamaan sesuatu kawasan.

Fungsi kraftangan yang diamalkan oleh masyarakat asli di Sabah asalnya bertujuan untuk melindungi atau berteduh , menutup , tubuh dan mencari makanan dengan cara yang terbaik. Penghasilan pelbagai barangan ini lebih tertumpu kepada fungsi barang tersebut tidak kepada perhiasan.

KRAFTANGAN SABAH

                                                                  1. SOMPOTON




Sompoton ini merupakan sejenis alat muzik tiupan masyarakat KadazanDusun. Sompoton ini diperbuat daripada labu kering dan paip buluh. Sebanyak 8 batang paip buluh diikat bersama di dalam dua barisan iaitu 4 batang paip buluh bagi setiapa baris dan dimasukkan ke dalam sebuah labu yang dikeringkan. Sompoton ini merupakan alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian kaum Kadazan iaitu Tarian Sumazau.

2. SIRUNG



Digunakan oleh masyarakat Dusun Kimaragang sebagai alat melindungi kepala daripada terik matahari ketika pergi "mengumo" ( bekerja / bercucuk tanam ) . Sirung ini juga boleh digunakan sebagai tudung saji. Diperbuat daripada rotan yang dihiris .


3. BARAIT




Beg tradisional untuk kaum Kadazan Dusun & Murut. Barait ini diperbuat dari rotan khas yang tumbuh berhampiran dengan anak sungai. Rotan tersebut perlulah dihiris-hiris dalam saiz yang dikehendaki sebelum dianyam. Saiz barait ditentukan mengikut kepanjangan rotan dan jumlah rotan yang dihiris.


4.WAKID / VIUNG




Wakid ialah alat sikutan tradisi suku kaun Kadazan Dusun dan Murut ( KDM ) . Digunakan untuk mengangkut tanaman dari kebun atau membawa hasil ke pasar untuk dijual. Peralatan wajib bagi petani dan penduduk di kampung atau pendalaman.

5. BAKUL ROTAN


Bakul merupakan seni anyaman yang biasanya dibentuk daripada anyaman buluh ,  rotan , bemban atau mengkuang. Bakul secara khususnya digunakan atau dijadikan sebagai bekas untuk membawa , menyimpan , menyukat , menakung dan sebagainya.


Pusat popular kraftangan di Sabah
  • Handicarft Market , Kota Kinabalu
  • Pusat Kraftangan Sabah , Keningau
  • Chanteek Borneo , Tamparuli
  • Kadaiku Sabah Souvenirs & Handicrafts , Kota Kinabalu
  • The Borneo Shop , Kota Kinabalu
  • Ararat Sports and Souvenirs , Kota Kinabalu
  • Gerai panjang Pekan Nabalu , Kota Belud   


CARA MEMAJUKAN INDUSTRI KRAFTANGAN NEGARA

  1. Menubuhkan pusat kemahiran kraftangan untuk melatih generasi muda memiliki kemahiran membuat kraftangan tradisional
  2. Mempromosikan kraftangan secara besar-besaran
  3. sentiasa mengadakan demonstrasi penghasilan kraftangan di tempat umum bagi menarik minat orang ramai
  4. mempelbagaikan produk kraftangan
  5. mempamerkan produk kraftangan daripada semua suku kaum di negara ini untuk mendapatkan identiti produk kraftangan   





3 comments: